My little princess

My little princess

Monday, 20 January 2014

CAMERON HIGHLANDS DESTINASIKU

Bermulanya perjalanan hidup di Cameron Highlands... rumah sewa yang pertama... di Puncak Arabella... dapat rumah di tingkat 5..paling atas!!

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi sebab dapat juga tempat berteduh. Dapat apartment lagi...dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air...fully furnished. Sewa pun pada ketika itu affordable... alhamdulillah.... segalanya dipermudahkan.

Shocking jugak daripada tempat yang hangat berpindah ke tempat yang berhawa sejuk. Patutla ada sesetengah orang menggelarkan Cameron Highlands sebagai syurga dunia. Siang malam asyik dengan sweater dan stokin. Mandi pun sekali jer sehari...of course ler guna hot shower...sejuk giler beb!!!

Saffya pun tak banyak meragam dan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk Cameron. Nampak macam dia lebih seronok jadi orang Cameron...sebab dari kecik dia memang jenis tak tahan dengan cuaca panas. Asal kena panas sikit..kulit dia akan jadi kemerahan...macam udang kena bakar. Sekarang pun sama...masih macam tu. Time balik kampung, tak sempat sampai Gua Musang, pipi dah merah menyala..macam pakai blusher.

Di usia hampir 4 bulan, Saffya dah boleh meniarap.








Safya pun sudah pandai duduk tegak. Seronok tau dapat melihat perkembangan anak depan mata kepala kita. Mungkin ibu-ibu yang bekerja tidak dapat melihat setiap perkembangan anak. Pengasuh mereka yang terlebih dahulu tahu setiap perkembangan anak-anak. Inilah kelebihan ibu yang tidak bekerja seperti saya. Marvellous!!

                        

 

Namun kerana saya pernah menunggu begitu lama untuk mendapat kebahagiaan ini, jadi saya amat mengerti dan bersimpati dengan wanita-wanita di luar sana yang belum berjaya hamil. Memang pedih setiap kali diajukan soalan tentang anak. Namun, apakan daya...kita manusia hanya mampu berusaha dan berdoa... yang menentukan pastinya Allah Subhanahu Wataala.

Tertekan...memang tidak dinafikan, memang perasaan itu akan wujud, apalagi jika family sendiri tidak memahami sampai ada yang sanggup menuduh macam-macam. Hakikatnya, rahsia rumahtangga kita biarlah kita simpan sendiri. Pernah sekali dulu saya terlajak kata.." Kalau anak tu boleh beli kat kedai, dah lama saya beli..bukan 1, tapi 10"

Yela..saya pun manusia biasa. Bila kerap sangat ditanya soalan sama, oleh orang yang sama pulak tu...hilang jugak pertimbangan diri sekejap. Astaghfirullahalazim...memang berdosa!!




Sunday, 19 January 2014

PINDAH:PERMULAAN BARU

Kesian pulak dekat baby ku ini...kecik2 lagi dah kena berpindah randah. Lahir kat Selangor...tapi balik ke Kelantan sewaktu dia baru berusia 40 hari. Aku menghabiskan baki cuti ku di rumah sewa ku di Pasir Tumboh.

Sempat jugak aku kembali bertugas dalam seminggu di sekolah...sempat sambut Hari Guru terakhir aku bersama rakan-rakan seperjuangan. Selepas tu dah cuti sekolah. Minggu pertama cuti aku menyiapkan segala tugasan, nota serahan tugas...dan juga surat perletakan jawatan.

Bukannya senang nak buat keputusan untuk resign ni. Perasaan cinta terhadap dunia pendidikan dalam hati tebal jugak. Tapi memikirkan masa depan anak, dengan suami yang bertugas jauh... akhirnya aku bulatkan hati. Aku tidak mahu anak ku cuma berbapa di hujung minggu atau selang dua minggu. Apatah lagi dia tidak punya nenek atau datuk lagi. Biarlah anak ku mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari kami suami isteri.

Mula-mula datang ke tempat baru, ada juga niat nak berkerjaya...tetapi mengenangkan jika bekerja terpaksa meninggalkan anak dengan orang lain...rasa berat hati pulak. Dahla banyak terdengar dalam berita pelbagai kisah ngeri anak-anak yang ditinggalkan dengan pengasuh. Isshhh..memang tak sanggup rasanya. Biarlah aku menjaga sendiri puteriku yang satu ini.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Cameron Highlands....di usia 3 bulan...perjalanan di awal Jun 2011

Sayonara Kelantan ku... nama mu kan sentiasa segar di hati ku













Tuesday, 14 January 2014

PERMATA HATI KU

Saban hari yang ku lewati bersamanya, walau pun dalam seribu kesedihan yang tak dapat aku ungkapkan.... biarlah ia menjadi rahsia hati selamanya. Yang mengenali ku belum tentu memahami...kerana mereka tidak melalui apa yang telah aku alami. Biarlah ia tetap menjadi sejarah pahit manis hidupku. Pengalaman yang sangat berharga...yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

Kelahiran permata hati ku ini benar-benar membuat aku bersyukur dan bahagia. Kebahagiaan yang tidak pernah aku miliki sebelum ini...perasaannya seolah-olah begitulah walaupun setiap kali mendapat kegembiraan pasti akan bahagia jua....tersenyum meleret juga...tapi kali ini benar-benar tak sama...perasaannya lain benar.

Wajah-wajah puteriku sewaktu berada di Kelantan...sempatla jadi orang Kelantan sekejap...lebih kurang sebulan gitu...ketika ini usianya hampir 3 bulan








Monday, 13 January 2014

Momen selepas 'puteri ku dibotakkan'


 Lingkungan umur 10 - 15 hari...















Sayang anak ummi ni sangat-sangat. Kalau boleh setiap saat ummi nak rakam gambar puteri ummi yang seorang ni. Walaupun abi tak ada bersama kita pada masa ini, tapi ummi tetap hantar mms...supaya abi sentiasa dekat dengan kita berdua. 

Setiap hujung minggu abi tetap akan bersama kita...walau 4jam jarak perjalanan, abi tetap datang...

Saturday, 11 January 2014

Mengapa aku menulis blog ini??

Tujuannya hanya untuk mengabadikan kenangan terindah dalam hidup ku untuk tatapan puteri kesayangan ku apabila dia sudah besar kelak. Agar dia tahu betapa aku menyayangi dirinya. Dia merupakan anugerah Allah yang sangat berharga untuk aku. Penantian yang aku lalui dengan penuh sabar selama 7 tahun akhirnya membuahkan hasil.


Wednesday, 8 January 2014

Being a mother..

Terasa bagaikan bermimpi. Berkat kesabaran, akhirnya saya telah disahkan hamil pada Julai 2010. Memang teruja sangat-sangat. Perasaan macam terbuai-buai. Bahagia. Walaupun ketika itu suami jarang-jarang berada disisi kerana tugasan, dengan alahan yang boleh tahan teruk jugak...mengharungi bulan puasa lagi...tapi Alhamdulillah...proses kehamilan ini berjalan lancar.

Akhirnya, pada 22 Mac 2011, saya dimasukkan ke wad. Menunggu saat melahirkan dengan penuh debaran. Akhirnya, pada lebih kurang jam 9 pagi 23 Mac 2011, lahirlah puteriku yang comel. Sayang anak ummi...






selepas bebarapa jam dilahirkan...

masa ni belum ada nama lagi...

masih kat hospital lagi ni.





Saat yang sangat indah...melihat wajah anak yang lahir dari rahim kita sendiri.

Syukur Alhamdulillah.








Anak yang dipilih untuk lahir di Hospital Bersalin Razif, Klang, Selangor ini akhirnya diberi nama Nur Saffya Hanny.
Nur membawa maksud cahaya..kerana dia membawa cahaya baru dalam hidupku. Permata hati ku.
Saffya bermaksud suci, bersih...
dan Hanny bermaksud tenang, aman, damai.

Harapan ku semoga anak ini sentiasa dilindungi dari sebarang anasir yang tidak baik. Semoga dia menjadi anak yang solehah...yang taat kepada Allah, Rasul, Ummi dan Abinya, guru-gurunya kelak...teringin sekali nak tengok dia membesar jadi ustazah...hihi...semoga termakbul hasrat ku ini. Amin!!




Tuesday, 7 January 2014

I'm proud to be myself

Alhamdulillah
syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin Nya dan dengan rahmat Nya
kita masih bernafas hingga ke saat ini
kita masih menghirup udara yang dipinjamkan
kita masih mampu melihat alam maya ini
masih mampu berjalan di atas muka bumi ini
kita masih diberi kesempatan
untuk bersama orang-orang yang kita sayang
pasangan kita, ibu bapa kita jika masih ada, anak-anak kita,
adik beradik kita, sahabat-sahabat kita...

Kita tidak tahu bila kita akan dijemput kembali ke sisi Al-Khaliq
dan kita tak tahu siapa di antara kita yang akan pergi dulu
Entah esok, entahkan lusa
salah seorang dari kita sudah tiada
kembali ke sisi yang maha Esa

usah berat mulut untuk memohon maaf
usah kedekut untuk mengukir senyum
usah bertangguh untuk menghulur tangan bersalam
kerana kita tahu masih adakah kesempatan demikian

Sayangilah semua orang di sekeliling kita
Hargailah mereka seadanya
kerana apabila mereka sudah tiada 
tangisan sudah tidak bermakna
sesalan juga sudah tidak berguna

Sedekahkan al-Fatihah buat ibu bapa atau kaum keluarga, sahabat handai atau kenalan yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan semoga mereka semua di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tempatkanlah mereka di Syurga dan haramkanlah api neraka dari menyentuh kulit mereka.
Amin..ya rabbal alamin!!!

Life must go forward...not backward

Life must goes on..
and on..and on...
no matter what...
no matter how hopeless...

Seberat mana pun dugaan yang kita tanggung, rasanya masih jauh lebih berat lagi dugaan yang ditanggung oleh para nabi. 
Sebesar mana pun ujian yang mendatang, tak setanding dengan ujian para sahabat.
Kenapa kita cepat melatah?
Mudah mengeluh?
Suka merungut?

Sedangkan tujuan Allah datangkan ujian kepada kita untuk memberitahu kita
Dia tak pernah lupakan kita
Dia ingin kita dekat pada Nya
Dia mahu kita insaf atas setiap khilaf
Dia hendak kita bangkit dari kelalaian kita.

Amalan yang wajib jangan sesekali diabaikan
Amalan sunat hendaklah diperbanyakkan
Jadikan zikir pembasah lisan
semoga tenang jiwa kita
supaya kita bersyukur dengan apa yang ditakdirkan untuk kita
terima ujian dengan hati yang terbuka.

Subhanallah
maha suci Allah
yang memberi kita peluang bertaubat
Alhamdulillah
segala puji hanya kepada Allah
yang menciptakan kita dan orang-orang yang kita sayang
La ilaha illallah
tiada tuhan selain Allah
yang menyediakan segala-galanya untuk kita
Allahu akbar
Allah maha besar
yang tidak putus-putus memberi rezeki kepada kita dalam pelbagai bentuk.