My little princess

My little princess

Sunday, 9 August 2015

Hobi baru

Hujung minggu lepas balik kampung... berbunga-bunga dalam hati!! Macam tak puas bercuti seminggu di kampung masa raya hari tu. Kalau boleh pindah balik kampung terus kan bagus... alahai, bila la tu dapat merasa!!

Paling happy, tuan suami dengan sukahati menghadiahkan oven baru, bagi menggantikan oven lama yang dah rosak. Yang pastinya bersaiz lebih besar. Alhamdulillah..rezeki!!

So, bukan main rajin lagi mengoogle resepi-resepi roti, kek dan pastri... hahaha..mood memasak mencanak naik!!

Harap-harap semangat ni berkekalan sampai bila-bila. Tak mau la nanti hangat-hangat ..... ayam jer!! Hahaha... 

Sunday, 31 May 2015

Ujian Ilahi

Sesungguhnya, sebagai hamba Allah kita takkan terlepas dari diuji. Kadangkala ujian itu kecil dan adakalanya sangat hebat sehingga terasa bagaikan tak tertanggung.  

Kita selalu memandang miskin sebagai ujian..tapi kita lupa kaya juga merupakan ujian dari Nya.

Kita memandang anak yatim sebagai ujian.. tapi kita lupa kita yang ada ibu bapa juga adalah ujian.

Kita memandang orang yang takde anak sebagai ujian..tapi kita lupa yang anak kita juga merupakan ujian terhadap kita.

Allah itu sangat hebat. Tiada satu benda pun yang dijadikan Nya adalah sia-sia. Semuanya ada makna dan fungsinya. Kerana itu Allah memberikan kita akal untuk berfikir..membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Kalau memang niat kita baik, in sya Allah baiklah jadinya. Begitu jugalah sebaliknya.

{ Pesanan pada diri ini yang sering terleka }