Sesungguhnya, sebagai hamba Allah kita takkan terlepas dari diuji. Kadangkala ujian itu kecil dan adakalanya sangat hebat sehingga terasa bagaikan tak tertanggung.
Kita selalu memandang miskin sebagai ujian..tapi kita lupa kaya juga merupakan ujian dari Nya.
Kita memandang anak yatim sebagai ujian.. tapi kita lupa kita yang ada ibu bapa juga adalah ujian.
Kita memandang orang yang takde anak sebagai ujian..tapi kita lupa yang anak kita juga merupakan ujian terhadap kita.
Allah itu sangat hebat. Tiada satu benda pun yang dijadikan Nya adalah sia-sia. Semuanya ada makna dan fungsinya. Kerana itu Allah memberikan kita akal untuk berfikir..membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Kalau memang niat kita baik, in sya Allah baiklah jadinya. Begitu jugalah sebaliknya.
{ Pesanan pada diri ini yang sering terleka }
No comments:
Post a Comment